SATU PENGHORMATAN KEPADA KERJAYA PERGURUAN

TUMPAT (Kelantan) – Pemilihan seorang bekas guru, Mat Razi Mat Ail, 48, sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor adalah satu penghormatan diberikan kerajaan kepada kerjaya perguruan. 

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pada mulanya beliau tidak menjangka bahawa ada kakitangan dari kementerian beliau iaitu Kementerian Pendidikan akan dipilih, tetapi setelah diputuskan beliau yakin calon BN yang dipilih itu tepat dan sesuai. Beliau hari ini hadir ke DUN Pegkalan Kubor dan mengadakan satu program dengan guru-guru di kawasan Tumpat itu Dewan Besar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di sini. 

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berasakan bahawa calon, Mat Razi tidak lagi perlu diperkenalkan kerana pertemuan dengan guru-guru merupakan pertemuan dengan pendokong ilmu dan pastinya mereka mengenali Mat Razi. 

“Kebetulan, saya tidak jangka bahawa bila ada PRK Pengkalan Kubor seorang warga pendidik ataupun pegawai dari Kementerian Pendidikan akan menjadi calonnya. “Apabila diputuskan oleh pucuk pimpinan parti khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, saya terasa inilah orang yang paling sesuai, tepat. 

“Dalam pertemuan dengan warga pendidik, saya berasa inilah pendokong-pendokong dan tidak perlu saya rayu untuk minta menyokong,” katanya ketika berucap pada pertemuan itu. Muhyiddin berkata apabila penilaian dilakukan daripada tokoh-tokoh, pihak parti memikirkan Mat Razi sesuai. 

“Beliau (Mat Razi) adalah seorang yang mempunyai latarbelakang yang cemerlang, kelulusan tinggi, banyak pengalaman dalam perjawatan, pernah berkhidmat dalam Kementerian Pendidikan sebagai guru biasa ke peringkat pegawai. 

“Calon juga banyak terlibat dengan kegiatan-kegiatan kemasyarakatan, keagamaan dan sebagainya.. merupakan seorang tokoh yang boleh dikatakan seimbang dari segi pencapaian yang dirasakan sesuai untuk diletakkan sebagai calon,” katanya. 

Beliau kemudiannya memohon jasa baik dari para guru dalam pertemuan itu untuk menyokong calon BN iaitu Mat Razi pada hari mengundi PRK itu nanti pada 25 September ini. Mat Razi akan berhadapan cabaran daripada dua calon lagi iaitu dari PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary pada PRK itu. Penyandang kerusi DUN itu sebelum ini ialah Datuk Noor Zahidi Omar tetapi beliau meninggal dunia pada 20 Ogos lalu. – MYNEWSHUB.CC 

No comments