PROSEDUR PENYEDIAAN DAN PENGENDALIAN KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN UPSR OLEH LPM

KEPADA mereka yang ingin tahu bagaimana prosedur penyediaan kertas peperiksaan, ini adalah maklumat tentang penyediaan dan pengendalian soalan UPSR.

1- Beberapa kumpulan guru terpilih berkumpul mengikut bidang masing-masing

2. Soalan terbaik dipilih

3. Soalan terbaik dinilai semula oleh Panel Khas untuk menyusun struktur soalan supaya bersesuaian dengan UPSR

4. Dicetak di luar negara

5. Dibungkus rapi lengkap dengan ciri keselamatan

6. Dari pelabuhan akan diiringi oleh pegawai Lembaga Peperiksaan dan polis ke balai polis / bilik kebal PPD.

7. Ketua pusat peperiksaan mengambil kertas soalan pada hari peperiksaan (kawasan pedalaman kertas soalan diambil beberapa hari awal)

8. Dihantar ke pusat peperiksaan atau sekolah

9. Diserahkan kepada pelajar

PERSOALAN kini ialah di peringkat mana soalan akan bocor?

Bocor di Kilang Percetakan

Menurut laporan yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian hari ini, kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) diyakini telah bocor di peringkat kilang dan bukannya ketika ia berada di sekolah.

Bekas Ketua Polis Negera, Tan Sri Musa Hassan berkata, jika berdasarkan gambar yang disebarkan menerusi laman sosial, ia menunjukkan kertas soalan itu diseleweng di peringkat kilang percetakan kerana dalam bentuk dokumen yang siap dicetak.

Kata beliau, berdasarkan pengalamannya mengendalikan peperiksaan peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM), kawalan paling ketat dilaksanakan di kilang percetakan kerana kebocoran paling mudah berlaku di peringkat itu.

“Tidak ada tempat lain boleh bocor kerana selepas keluar dari kilang, ia akan dibungkus rapi dan disimpan dalam bilik khas. Jika bungkusan dibuka semua akan tahu.

“Hasil pengalaman saya selama ini, saya yakin ia dibocorkan di peringkat kilang. Mereka boleh ambil gambar kertas soalan guna telefon bimbit dan sebarkan,” katanya.
Sumber: Berita Harian

No comments