PELAJAR TINGKATAN EMPAT MCKK JOHAN PIDATO DIRAJA KALI KE-30

PUTRAJAYA – Pelajar Tingkatan Empat Kolej Melayu Kuala  Kangsar di Perak, Mohamad Raziekh Md Rizal, muncul johan Pidato Piala Diraja kali ke-30 menerusi tajuk ‘Penguasaan Teknologi Melahirkan Insan Berinovasi’ dan ‘Gah Bahasa Melayu Gah Lah Bangsa Malaysia.’
Beliau menerima hadiah berupa piala pusingan, piala replika, sijil penghargaan dan wang tunai RM1,000 yang disampaikan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan) Datuk Sufa’at Tumin.
Mohamad Raziekh berkata kemenangan itu adalah hadiah kepada sekolahnya yang sudah 10 tahun tidak memenangi pertandingan berkenaan.
“Bila dapat masuk peringkat akhir merupakan ujian kepada saya untuk memenuhi amanat serta kepercayaan yang diberikan oleh pihak sekolah supaya mengembalikan kemenangan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Anak keempat daripada tujuh beradik itu, yang bercita-cita menjadi pengurus pemasaran syarikat multinasional, berhasrat meneruskan bakat pidatonya ke peringkat antarabangsa apabila di universiti kelak bagi mengharumkan nama negara.
Sementara itu, johan kategori sekolah rendah Ahmad Faiz Yazid yang juga pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Parang Puting, Kelantan berkata meskipun tarikh pertandingan akhir pidato agak hampir dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), ia tidak mengganggu pembelajarannya.
Ahmad Faiz, yang juga johan dua kali berturut-turut, berkata pidato membantu beliau menjawab soalan peperiksaan bagi subjek Bahasa Melayu.
“Selepas ini, saya akan lebih menumpukan perhatian kepada beberapa mata pelajaran untuk peperiksaan UPSR,” katanya yang membawa pulang piala pusingan, piala replika, hadiah iringan, sijil dan wang tunai RM800.
Naib johan bagi kategori Sekolah Menengah disandang Mohammad Omar Suharuddin dari Maktab Sultan Ismail Kota Baharu, Kelantan manakala tempat ketiga diraih Martina Iju Anak Jamba dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kai Chung, Sarikei, Sarawak.

Bagi kategori Sekolah Rendah, tempat kedua dimenangi Ayuni Hazirah Daniel Liting dari Sekolah Kebangsaan Agama Sarikei, Sarawak dan tempat ketiga diraih pelajar Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas, Pulau Pinang Nurul Natasha Fizal. – BERNAMA

No comments