NUTP TIDAK AKAN BERI BANTUAN KHIDMAT GUAMAN KEPADA GURU YANG BERSALAH BOCOR KERTAS SOALAN UPSR

Hashim Adnan (kiri) menjawab soalan pemberita mengenai guru yang membocorkan kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah di Kuala Lumpur. Foro: NOOR ASRE KUZAIREY SALIM. 20 Sept. 2014.
Hashim Adnan (kiri) menjawab soalan pemberita mengenai guru yang membocorkan kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah di Kuala Lumpur. Foto: NOOR ASRE KUZAIREY SALIM. 20 Sept. 2014.
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) tidak akan memberi sebarang bantuan, termasuk menyediakan perkhidmatan guaman, kepada guru-guru yang didapati bersalah di dalam kes kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.

Presidennya, Hashim Adnan berkata, kesatuan itu tidak mahu berkompromi dengan pesalah-pesalah yang telah mencemarkan imej perguruan serta menjejaskan masa depan para pelajar.

Bagaimanapun menurut beliau, sekiranya terdapat guru-guru yang teraniaya akibat kes tersebut, NUTP tidak akan menunggu lama untuk masuk campur.

"Kes ini masih dalam siasatan polis dan kami dengan tegas tidak akan membantu dan melindungi sebarang salah laku yang telah dilakukan oleh guru-guru tarbabit walaupun mereka merupakan ahli kami.

"Namun, sekiranya kami tahu bahawa ada di antara guru-guru yang telah ditangkap atau didakwa itu telah dianiaya kerana mereka sebenarnya tidak terlibat, kami akan segera membantu mereka dengan bukti-bukti yang kami ada.

"Kepada pesalah yang benar-benar bersalah, biarkan mereka menerima hukuman," tegasnya semasa sidang media di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung NUTP,  Lok Yim Pheng.

Tambah Hashim, masyarakat perlu faham bahawa hanya segelintir kecil sahaja guru yang terlibat dengan kes kebocoran kertas soalan UPSR baru-baru ini dan tidak adil untuk menuduh semua guru di Malaysia tidak mempunyai integriti.

Katanya, Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam yang ditubuhkan kerajaan baru-baru ini diharapkan mampu memberi hasil yang positif terutamanya dalam memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang di samping meningkatkan integriti para guru dan pihak yang terlibat dengan peperiksaan awam di negara ini.

Hashim juga mengalu-alukan pelantikan Yim Pheng ke dalan jawatankuasa tersebut yang menurut beliau akan membolehkan NUTP memberi pandangan serta rundingan kepada kerajaan berhubung senario sebenar persekitaran pendidikan di Malaysia.

Tambahnya, perkhidmatan tersebut adalah percuma dan lebih tepat berbanding tindakan kerajaan mengupah firma-firma perunding antarabangsa yang tidak memahami budaya pendidikan di negara ini yang berlatar belakangkan pelbagai bangsa dan agama. - MalaysiaGazette

No comments