MUHYIDDIN KECEWA SOALAN BOCOR MALAH CUCUNYA PUN TURUT AMBIL UPSR TAHUN INI
TUMPAT – Cucu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menjadi mangsa kebocoran kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan terpaksa menduduki semula dua subjek membabitkan tiga kertas soalan.
Beliau menjelaskan berkenaan perkara itu, pada sidang media
selepas proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri
(DUN) Pengkalan Kubor di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat, hari ini.
“Cucu saya, saya
beritahu kepada media pun mengambil UPSR.. Cucu saya yang pertama, yang paling
sulung namanya Suraya ambil peperiksaan, menangis.. Pergi tanya dengan Tok
Ayah, Tok Ayah kena tenteramkan dia,” katanya.
Menurut Muhyiddin, beliau berpesan kepada ibu bapa
kanak-kanak yang mengambil peperiksaan mereka biasanya akan memberikan reaksi
seperti itu kerana tekanan kepada mereka agak meningkat.
Beliau berkata, ada guru di sesetengah sekolah telah pun
bersedia dengan beberapa program kursus dan ada yang membawa murid tidur di
sekolah sehari sebelum peperiksaan.
“Saya pun nak ucapkan terima kasih kepada guru, dah atur dah
ada kursus, sampai malam sebelum periksa tu dah datang di sekolah.. Ada juga
yang bermalam di sekolah, dia dah buat banyak dah sekali tiba-tiba bocor.
“Saya pun rasa kecewa, saya sendiri berkata begitu tetapi
ini orang yang tidak bertanggungjawab sebab itu saya tidak pandang ringan dan
kita kena ambil tindakan,” katanya.
Berkenaan kes kebocoran peperiksaan UPSR itu, Lembaga
Peperiksaan Malaysia (LPM) sebelum ini mengumumkan peperiksaan bagi subjek
Sains dan Bahasa Inggeris telah dikesan bocor.
Oleh itu, pihak LPM telah menetapkan tarikh 30 September
bagi para calon menduduki semula kertas Bahasa Inggeris Kertas 1 dan 2 dan
kertas subjek Sains. – MYNEWSHUB

Post a Comment