MENYUSURI KEINDAHAN KINCIR ANGIN, TEROMPAH DAN KEJU BELANDA
Melihat beberapa brosur yang memaparkan keindahan Zaanse Schans membuatkan hati penulis dan rakan jurugambar, Mohd Fareez Fadzil meronta-ronta untuk ke tempat ini. Selepas beberapa hari di Rotterdam, kami menaiki metro ke Amsterdam yang mengambil masa kira-kira 40 minit sahaja. Misi utama untuk ke Zaanse Schans.
Bergegas mencari hotel kerana membawa bagasi yang berat, kami bernasib baik kerana Hotel Ibis yang betul-betul bersebelahan Amsterdam Centraal masih banyak bilik. Selepas urusan hotel selesai, kami terus berjalan menuju ke stesen bas yang terletak di sebelah kanan Amsterdam Centraal untuk ke Zaanse Schans dengan menaiki bas merah bernombor 391.
Perjalanan menaiki bas henti-henti dirasakan lambat sekali. Keadaan bas yang berhawa dingin membuatkan penulis terlelap. Sedar-sedar sahaja bunyi bising sekumpulan penumpang turun dari bas - hanya tinggal penulis bersama Fareez. Dalam keadaan kalut, sempat penulis bertanya kepada pemandu bas di manakah Zaanse Schans dan beliau menunjukkan kawasan itu di hadapannya.
Wah, seronoknya! Itulah perasaan penulis dengan pantas kami berjalan. Berjalan kaki kira-kira lima minit dan melewati sebuah Muzium Zaans juga Pusat Informasi Zaanse Schans, penulis sudah nampak kincir angin yang besar dan banyak.
Dari pintu masuk, kawasan ini sebuah desa yang cantik. Pemandangan yang memukau mata itu mengingatkan penulis tentang cerita-cerita 'fairy tale' rumah gula-gula dengan kincir angin yang pernah dibaca semasa kecil. Ketika penulis tiba di sini cuaca cerah tetapi berangin.
Pokok dan rumput-rumput panjang yang menghijaukan Zaanse Schans bagai menari mengikut rentak angin. Kawasan rumput itu menjadi lokasi lembu-lembu mencari makan. Rumah-rumah kayu tradisional Belanda yang berwarna hijau, kelabu, coklat dan merah yang terletak di Sungai Zaan melengkapkan keindahan desa ini.
Pelancong boleh memasuki desa ini tanpa dikenakan bayaran. Memasuki sahaja kawasan ini pengunjung akan terdengar kicauan pelbagai spesis burung.
Perkampungan Zaanse Schans diwujudkan sejak 53 tahun lalu adalah gambaran kehidupan masyarakat Belanda pada abad ke-17 dan 18. Desa ini bukan sekadar ada muzium dan kilang tetapi juga terdapat penempatan kediaman, yang mana penduduk telah menetap di sini sejak tahun 1961.
Zaanse Schans terletak di wilayah Zaanstad yang sangat terkenal sebagai kota industri pertama di Eropah. Zaanse Schans cukup luas. Mengambil kata-kata seorang jurugambar yang mengambil gambar setiap pengunjung yang memasuki Zaanse Schans, seseorang perlu menghabiskan separuh hari untuk menikmati keseluruhan desa ini.
Sayangnya, penulis memiliki waktu terhad - dua jam sahaja di sini. Tempat pertama yang dimasuki penulis ialah kedai clogs atau terompah kayu. Kedai ini bukan sekadar sebuah kedai semata-mata kerana di dalamnya sarat dengan sejarah pembuatan terompah ini.
Terompah kayu ini sangat popular di Belanda 700 tahun lalu. Digunakan pada musim sejuk, terompah ini adalah ikon Belanda. Di kedai ini pengunjung juga ditunjukkan cara-cara menghasilkan terompah kayu, sesiapa yang berminat boleh duduk di bangku yang disediakan untuk melihat penghasilan terompah itu. Tetapi mata penulis lebih tertarik melihat pelbagai warna, bentuk dan saiz terompah yang ada di kedai itu. Dari terompah biasa hingga bersaiz gergasi. Kesimpulannya semua cantik di mata cuma harga terompah yang dijual agak mahal.
Dari rumah terompah, penulis berjalan ke rumah keju yang kedudukannya tidak jauh. Di rumah ini, pelbagai jenis keju segar dihasilkan. Cakap apa jenis keju yang dikehendaki - bukan sekadar keju krim, keju cheddar tetapi menariknya ada keju asparagus, keju cili, keju cendawan, keju lada hitam, lada putih dan keju sayur.
Keju-keju yang dibungkus dengan kertas berwarna-warni menjadikan kedai ini cantik. Apabila berada di rumah keju ini barulah penulis tahu ketulan kecil dan besar berwarna kuning yang penulis lihat ketika di Rotterdam rupa-rupanya keju. Kakitangan rumah keju itu memberitahu, keju di Belanda cukup terkenal kerana kualitinya dan rakyat negara itu antara populasi yang makan paling banyak keju di dunia. Menariknya di sini keju yang djual masih baru dengan jaminan dua bulan tanpa perlu diletakkan di dalam peti sejuk.
Keluar sahaja di rumah keju, penulis duduk di bangku luar sambil memerhati beberapa ekor ayam yang diberi makan oleh para pengunjung. Ayam yang dibiarkan mencari makan di luar itu 'gemuk-gemuk belaka' menyebabkan haiwan itu nampak comel. Tapi awas, pengunjung yang membawa makanan akan diikut jika tidak memberinya makanan.
Penat berjalan, penulis duduk bersila di tepi Sungai Zaan sambil mata tidak putus menghayati keasyikan itik-itik berenang di tepian sungai sambil mata melihat bot-bot menyusuri sungai membawa penumpang. Di kiri dan kanan penulis terdapat beberapa keluarga yang berkelah sambil menikmati bekalan makanan yang dibawa.
Selain berjalan, pengunjung di Zaanse Schans boleh memilih untuk berbasikal kerana perkhidmatan sewa basikal turut disediakan.
Seorang penjual di sebuah kedai memberitahu penulis, Zaanse Schans yang dibuka sepanjang tahun menerima ribuan pengunjung sehari. Tidak lengkap kunjungan ke Amsterdam jika tidak melawat perkampungan ini.
Di Zaanse Schans terdapat enam kincir angin besar yang digunakan di kilang rempah, memotong kayu, cat dan minyak.
Penulis difahamkan kilang-kilang itu adalah industri terawal dijalankan di Zaandam. Pengunjung yang masuk ke kilang ini dikenakan bayaran, kalau tidak silap 3.50 euro.
Penulis juga sempat memasuki muzium yang memaparkan susun atur dan hiasan rumah orang Belanda, selain muzium bakeri yang mempamerkan pelbagai peralatan dan acuan membuat kuih. Memasuki muziun bakeri ini pasti membuatkan perut berkeroncong kerana aroma candy, gula-gula, biskut, pelbagai stroopwaffles dan roti putih manis dengan badam di dalam yang popular di Zaanse Schans. Penulis tidak mampu menghabiskan roti yang dibeli kerana rasanya sungguh manis sehingga tidak tertelan.
Sebenarnya penulis teringin sangat masuk ke dalam rumah besar yang cantik di Zaase Schans, dari luar sahaja sudah tertarik dengan dekorasi halaman yang dihiasi pelbagai bunga, rasa macam hendak petik saja. Tapi mustahil sebab rumah-rumah itu milik persendirian.
Penat berjalan, pelancong yang mahu mengisi perut, di Zaanse Schans terdapat kafe yang menghidangkan pelbagai jenis makanan dan minuman. Di sini, selain kopi, minuman coklatnya cukup popular tetapi penulis memilih ais krim kon kerana tertarik dengan putaran ais krim vanila yang tinggi.
Bagi yang mahu membawa ole-ole dari Zaanse Schans, laluan ke pintu keluar terdapat beberapa kedai menawarkan pelbagai tanda kenangan dari desa popular bagi pelancong yang berada di tanah tulip ini. - Malaysia Gazette

Post a Comment