Konstabel Polis, RELA Dan Pertahanan Awam dI di dakwa merogol wanita Filipina
Beberapa hari lalu media Malaysia melaporkan tiga lelaki masing-masing merupakan anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan RELA ditahan kerana disyaki merogol seorang wanita warga asing.
Mangsa yang berusia 21 tahun dikatakan dipaksa melakukan
hubungan seks dengan mereka jika mahu dilepaskan kerana kesalahan tiada dokumen
pengenalan diri.
Kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi di Sandakan, Isnin minggu lalu.
Suspek berusia 27 hingga 37 tahun ditahan selepas mangsa membuat
laporan polis.
Berita di atas apabila dibaca mungkin dianggap satu kes
terpencil namun apabila video memaparkan seorang saksi kejadian menceritakan
apa sebenarnya berlaku pada hari tersebut menjadi viral ramai orang mula
memperkatakan tentangnya.
Rata-rata yang menonton video ini mengutuk perlakuan manusia yang sepatutnya melindungi keselamatan negara ini.
Meski pun yang teraniaya adalah warga asing ia bukan sahaja
melanggar undang-udang yang sepatutnya ditegakkan mereka malah perbuatan ini
amat kejam kerana mangsa baru dua bulan melahirkan bayi. Sudahlah begitu,
telefon bimbit dan wang RM60 wanita malang itu pun dirembat sekali!
Apa pun itu dakwaan saksi.. sejauh mana kebenarannya pasti
tertegak di mahkamah kelak.
Namun jika benar berlaku kes rogol ini, ia cuma satu
titik hitam kecil dalam kalangan penjawat awam Malaysia.
Masih ramai yang menggalas tanggung jawab diberikan dengan
ikhlas kerana sayangkan negara dan malu untuk mencemarkan uniform yang mereka
pakai dengan melakukan perkara tak sepatutnya. -
MYNEWSHUB

Post a Comment