IBU BAPA MAHU PELAJAR DIKECUALIKAN DARI DUDUKI SEMULA UPSR

Mereka berkata murid tidak patut dihukum kerana tidak mengambil semula kertas berkenaan dan ingin tahu jika markah peperiksaan asal akan digunakan.
Pihak berkuasa mengarahkan agar kertas peperiksaan Sains, Bahasa Inggeris, Matematik dan Tamil dibuat semula.
"Apa yang mereka akan lakukan terhadap pelajar yang tidak mahu menduduki semula?" tanya Mak Chee Kin, Pengerusi Kumpulan Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan Melaka (Magpie).
"Adakah mereka akan digagalkan dalam mata pelajaran itu?"
Beliau mempersoalkan sekiranya kanak-kanak itu gagal kerana tidak mengambil semula kertas itu, bolehkah ibu bapa ambil tindakan terhadap kementerian, kerana kebocoran itu salah kementerian.
Magpie disertai Kumpulan Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan (PAGE) dan Persatuan Ibu Bapa dan Individu ke arah Meneliti Semula Sistem Pendidikan (Aspire) sedang berjuang agar kementerian mengecualikan murid dari mengambil semula kertas Bahasa Inggeris, Matematik dan Tamil.
Kementerian Pelajaran mengumumkan pelajar perlu menduduki semula kertas Matematik dan Bahasa Tamil 9 Oktober ini. Ini susulan kebocoran yang dikesan pada kertas Sains dan Bahasa Inggeris sebelum ini.
Pelajar sudahpun menduduki kertas Bahasa Inggeris apabila kebocoran itu diumumkan pada 11 September. Mereka akan menduduki semula kertas itu dan akan membuat kertas Sains buat kali pertama pada Selasa 30 September depan.
Kedua-dua menteri pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Idris Jusoh mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka ekoran kebocoran tersebut dan memberi jaminan pesalah akan dihukum.
Setakat ini, polis menahan seramai 14 orang untuk membantu penyiasatan, termasuk 12 orang guru dan kenyataan direkodkan dari 30 individu – 19 guru, lapan pegawai dari Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), seorang pegawai kementerian, wartawan dan seorang jurutera.
Keputusan untuk mengadakan peperiksaan semula menyebabkan ibu bapa dan pelajar marah manakala kumpulan pelobi pendidikan melahirkan kekecewaan mereka kerana bukan pelajar yang salah.
Mak berkata jika menteri yakin mereka akan berjaya menangkap pihak bertanggungjawab, maka hanya pelajar yang dikaitkan dengan mereka sahaja perlu menduduki semula kertas itu.
"Saya yakin mereka boleh fokus kebocoran ini ke negeri-negeri, kemudian ke sekolah-sekolah dan seterusnya individu yang terbabit. Mengapa buat semua orang menderita?" katanya.
Dua hari lalu, pengerusi PAGE Datin Noor Azimah Abdul Rahim menggesa kementerian membatalkan keputusan mengadakan ujian semula peperiksaan UPSR kertas Bahasa Inggeris, Matematik dan Tamil kerana ia menyebabkan tekanan yang tidak perlu kepada setengah juta murid Tahun 6 yang terlibat.
Beliau berkata keputusan KPM agar pelajar menduduki semula kertas berkenaan dibuat tanpa mengambil kira suasana dan gagal mengambil kira kesan negatif kepada murid-murid.
"Ia tidak boleh diterima oleh pelajar yang mengambil UPSR dan ibu bapa mereka yang tidak mempunyai pilihan dan terpaksa menduduki semula peperiksaan kerana kelemahan KPM dan ketamakan orang-orang tertentu," tambah beliau.
"Kami menggesa LPM dan kementerian menerima kertas UPSR yang sudah diambil iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Tamil dan murid-murid hanya perlu menduduki kertas Sains sahaja kerana mereka belum lagi mengambilnya. "
Hari ini beliau bertanya apa yang akan berlaku pada slip keputusan sekiranya pelajar memilih untuk tidak mengambil semula tiga kertas berkenaan.
"Adakah ia akan gagal atau skor ujian asal digunakan?"
Beliau juga menambah, walaupun pelajar tidak menduduki peperiksaan atau gagal, mereka tetap akan memasuki Tingkatan 1.
"Walaupun mereka gagal, mereka tetap akan pergi ke Tingkatan 1 juga. Ia tidak akan memberi apa-apa perbezaan, tidak seperti SPM dan STPM," katanya.
Shamsuddin Hamid yang merupakan pengasas Aspire berkata, adalah "menjijikkan" apabila kementerian mengarahkan ujian semula diadakan tanpa berunding dengan pihak berkepentingan, termasuk ibu bapa dan guru.
"Anak perempuan saya yang berada dalam Tahun 6 sangat marah dan kecewa dengan semua ini, hanya kerana dia fikir dia melakukan dengan baik untuk kertas Matematik, yang bukan subjek kegemarannya," katanya kepada The Malaysian Insider.
"Beberapa bulan sebelum peperiksaan, dia melakukan latihan Matematik selama dua jam setiap hari tanpa henti dan dia gembira dengan apa yang dia buat untuk kertas itu. Dia bekerja keras untuknya.
"Apabila mendapat tahu bahawa dia perlu menduduki semula kertas tersebut, dia sangat kecewa. Dia tidak faham mengapa dia perlu melakukannya sekali lagi."
Shamsuddin juga berkata jika anak perempuannya memutuskan tidak mengambil kembali peperiksaan itu, dia akan menyokongnya.
Beliau yang menggesa Muhyiddin meletakkan jawatan berkata kebocoran dalam peperiksaan UPSR adalah tanggungjawabnya.
"Kesejahteraan emosi anak-anak saya lebih penting daripada apa yang Muhyiddin mahu, tetapi beliau perlu mengambil tanggungjawab ke atas huru-hara ini," katanya.
Bagaimanapun, sumber memberitahu The Malaysian Insider LPM akan menandakan "Tidak Hadir" sekiranya mereka memilih tidak menghadiri peperiksaan semula mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Tamil.
Sumber itu berkata, kertas jawapan dari peperiksaan asal tidak akan diberi markah.  -theMalaysianinsider

1 comment:

  1. Kalau x duduki semula exam x adil buat pelajar2 yg x dpt soalan. Ujian smula adalah tbaik. Kta kna benteras bkn mnjd pak turutndgn mngiakannya sahaja.

    ReplyDelete