Murid Tahun Dua Maut Leher Tersangkut Jeriji Tingkap

KUALA TERENGGANU – Seorang murid perempuan Tahun Dua maut selepas lehernya tersangkut pada jeriji tingkap bilik dalam kejadian di Kampung Losong Feri, di sini semalam.
Ketika kejadian yang disedari 3.30 petang itu mangsa, Nurliana Mazlan, 8, pelajar Sekolah Kebangsaan Losong, di sini, dipercayai cuba untuk keluar bilik melalui tingkap berkenaan selepas mendapati pintu bilik terkunci.
Bagaimanapun tindakan anak bongsu daripada lima beradik yang keluar menerusi tingkap itu gagal apabila lehernya tersangkut pada besi berkenaan.
Kejadian itu disedari oleh anggota keluarga mangsa selepas beberapa jam mangsa terperangkap pada jeriji besi tersebut.
Beberapa penduduk kampung juga berusaha mengeluarkan mangsa sebelum bomba tiba di tempat kejadian namun gagal.
sangkut
Sementara itu Komander Operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu Badrul Hisham Othman berkata pihaknya yang menerima panggilan kecemasan pada 4.15 petang bergegas ke tempat kejadian bersama sembilan anggota.

sangkut 2
Namun kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, pada 5.30 petang tadi.  - BERNAMA

No comments