Kenapa China melarang Najib makan telur separuh masak

Dalam lawatan ke Negara China baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak menghormati perhatian kerajaan China yang begitu mengambil berat tentang kesihatannya.

Katanya, seorang pegawai yang ditugaskan oleh tuan rumah itu malah telah melarang beliau  untuk makan telur setengah masak.

Najib berkata layanan khas dan istimewa semasa kunjungannya beliau ke China minggu lalu mencerminkan  bahawa hubungan yang terjejas ekoran tragedi kehilangan pesawat MH370 kini kembali normal.

"Seorang pegawai kesihatan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa saya kekal sihat," kata Najib dengan nada berseloroh ketika menyampaikan ucapan kepada sekumpulan pelabur dan ahli perniagaan di Kuala Lumpur.

"Saya biasanya suka telur saya separuh masak, tiga minit sahaja, tetapi pegawai rasmi China menegaskan bahawa telur mesti dimasak 10 minit, atas sebab-sebab kesihatan," katanya dalam persidangan InvestMalaysia 2014 di Kuala Lumpur.

Najib berkata Beijing turut menyediakan tiga buah limosin untuk pengangkutannya dan menganjurkan satu konsert eksklusif bertaraf dunia.

"Bagi isu MH370, China mahu ia berlalu dan membina hubungan lebih erat," katanya lagi.

1 comment:

  1. Sayugia Orang Cina Malaysia MESTI MALU dengan diri mereka sendiri! Mereka hina Perdana Menteri kita, sedangkan Cina Tanah Besar China sudah mengambil berat dan prihatin dengan kesihatan dan kebajikan beliau. Malulah sikit, wahai Cina Malaysia.

    ReplyDelete