[VIDEO] DETIK NGERI CERMIN DARI TINGKAT ENAM MENIMPA LELAKI ARAB

VIDEO ini memaparkan detik cemas seorang lelaki Arab yang sedang berjalan kaki di tepi bangunan hampir ‘dipotong’ cermin kaca yang terjatuh dari tingkap 6 di Arab Saudi.
Lelaki terbabit telah selamat daripada insiden tersebut selepas cermin kaca itu terjatuh tepat di bahagian tepi badannya sejurus dia berhenti untuk betulkan kasutnya di situ.
Video tersebut yang dimuat naik oleh media tempatan di laman Youtube mendapat perhatian selepas lelaki terbabit yang hampir temui ajalnya disitu telah terselamat.
Menurut sumber, cermin kaca terbabit telah jatuh daripada tingkat 6 bangunan di situ. Akibat daripada impak kejadian tersebut, lelaki bertuah itu dilihat telah jatuh namun dia dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.  – MYNEWSHUB.CC
Detik cemas lelaki Arab hampir dipotong cermin kaca yang terjatuh dari bangunan

0 Response to "[VIDEO] DETIK NGERI CERMIN DARI TINGKAT ENAM MENIMPA LELAKI ARAB"

Post a Comment