3 KANAK-KANAK NYARIS DICULIK BALIK DARI MENGAJI


Bachok: Tiga kanak-kanak perempuan berusia di antara 10 hingga 13 tahun cuba diculik lima lelaki di Kampung Sador, Tawang, Bachok, malam tadi. 

Dalam kejadian 8 malam itu mangsa, Nor Ain Saliken Mazlan, 10; Faezah Ahmad Shukri, 13; dan Che Nor Khairiah Amelia Natasha Che Mohd Noor, 11, sempat menjerit untuk menyelamatkan diri sebelum dibantu penduduk kampung yang berada di lokasi kejadian. Tiga kanak-kanak berkenaan dalam perjalanan ke rumah guru mengaji yang terletak satu kilometer dari rumah mereka. 

 Menceritakan kejadian itu, Nor Ain berkata, pada awalnya seorang lelaki mengekori mereka sebelum kereta dinaiki empat lelaki menyekat dari arah hadapan menyebabkan rakannya Che Nor Khairiah melarikan diri. 

 "Seorang lelaki turun menarik tudung saya tetapi tidak berjaya apabila Faezah menarik tangan saya. 

 "Seorang lagi lelaki turun untuk menarik kami sebelum saya dan Faezah melarikan diri ke arah penduduk kampung yang membantu menghantar kami pulang ke rumah," katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

- hmetro

0 Response to "3 KANAK-KANAK NYARIS DICULIK BALIK DARI MENGAJI "

Post a Comment