Panas..Perbualan Ejen Skim Cepat Kaya MX3 Ugut Peserta


PERBUALAN seorang ejen skim cepat kaya MX3 yang dirakam ini dipercayai mengugut seorang peserta MX3 yang meminta haknya kembali.
Peserta tersebut dituntut memohon maaf secara terbuka di laman Facebook kerana perbuatannya.
Menerusi rakaman audio tersebut, ejen berkenaan mendakwa mereka memiliki segala butir peribadi peserta itu.
“Saya pun ramai kawan-kawan kat sana, orang pun dah call saya tanya nak buat apa denganyou.
Macam ni la..saya dah tak nak tengok komen-komen macam tu kat Facebook, kalau nak call saya direct terus.
Nama kau Ismawi kan? Nombor ic kau semua ada, rumah kau semua kat Kuching semua ada.”
Itu antara petikan ayat ejen itu yang dapat didengar melalui rakaman tersebut.
Ejen itu juga dipercayai menggunakan nama seorang pegawai polis yang berpangkat ASP Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sarawak untuk mengugut peserta itu.
Peserta terbabit kedengaran akur dengan permintaannya dan menyatakan akan memohon maaf secara terbuka di Facebook bagi menjernihkan keadaan.
– MYNEWSHUB.CC

0 Response to "Panas..Perbualan Ejen Skim Cepat Kaya MX3 Ugut Peserta"

Post a Comment