Luahan Sedih Bercampur Pilu Anak Harun Salim Bachik



Kematian mengejut Allahyarham Harun Salim Bachik membuatkan orang ramai tertanya-tanya tentang punca kematian pelawak terkenal ini.

Berikut adalah kenyataan serta komen oleh anak-anak Harun Salim Bachik. Mereka sepakat untuk tidak mahu menjalankan post mortem (bedah siasat) ke atas jenazah ayahnya bagi mengetahui punca kematiannya

Komen Anak Sulung

Anak sulung arwah bernama Syafiq Al-Rashid Harun 30 tahun memebritahu bahawa Allahyarham bapanya mempunyai penyakit asma yang kronik.

Ayahnya sebelum ini kerap ke hospital untuk menjalani rawatan untuk mengawal penyakit asmanya yang kronik itu

“Semasa kejadian saya memang tiada di situ, adik bongsu saya yang memberitahu segalanya kepada saya. Kami berpakat adik-beradik tidak mahu arwah ayah menjalani bedah siasat kerana memang mengetahui arwah ayah menghidap penyakit asma.

“Tiada amanat apa-apa yang disampaikan kepada saya, cuma arwah ayah sangat profesional dalam kerjaya dan saya banyak membantu menguruskan hal kerja. Apa yang saya boleh kongsikan, arwah ayah pergi dengan tenang Amin,”

Komen Anak Kedua

Danial Al-Rashid Harun 29, anak kedua juga bersetuju dengan keputusan abang sulungnya itu untuk tidak membenarkan post mortem dijalankan.

Beliau menafikan arwah terjatuh seperti yang diperkatakan dalam media sosial.

“Arwah ayah tidak jatuh, ketika asmanya menyerang, arwah ayah berpaut dan dipapah oleh adik saya, lantas adik saya membaringkan arwah ayah di atas pangkuannya.

“Saya tak pasti arwah ayah putus ubat atau pun tak tetapi sejak kebelakangan ini, arwah ayah telah membataskan hal-hal kerja.

“Umum kita tahu arwah ayah aktif dengan pelbagai rancangan TV dan sebagainya, cuma dalam tahun ini arwah ayah telah menghadkan kerja seninya di atas faktor kesihatan dan sebagainya,”

Jenazah Allahyarham Harun Salim Bachik telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Rauda Sakinah Batu Muda pada jam 11 pagi tadi.

Di antarai rakan artis yang hadir seperti Afdlin Shauki, Rosyam Nor, Johan Raja Lawak, Hans Isaac, Awie, Abon, Datuk Yusof Haslam dan ramai lagi yang datang untuk memberi penghormatan terakhir dan membantu pengurusan pengkebumian sahabat seperjuangan mereka.

0 Response to "Luahan Sedih Bercampur Pilu Anak Harun Salim Bachik"

Post a Comment