INFO: Kenapa Selesai Sahaja Hubungan Intim Rasa Mengantuk? Baca 7 Perkara ini


Aktiviti bercinta yang dilakukan oleh pasangan suami isteri didasari atas ungkapan kasih sayang. Selepas itu, munculnya perasaan senang, peningkatan mood, mengurangkan rasa sakit.
 
Itulah beberapa hal bagaimana seks mampu mempengaruhi prestasi otak untuk memunculkan perasaan di atas. Namun, masih ada tujuh hal lagi bagaimana seks mampu mempengaruhi fikiran seperti dilaporkan laman Time, Selasa (3/2/2015).
 
1. Seks menimbulkan perasaan senang
Aktiviti bercinta mampu membuat seseorang merasa lebih baik. Rasa senang yang muncul kerana aktiviti ini melepaskan dopamin, hormon yang mengaktifkan pusat kesenangan di otak. Hal yang hampir sama terjadi pada saat seseorang menikmati dadah seperti kokain.
 
"Menikmati kokain dan berhubungan seks adalah dua aktiviti yang berbeza, tapi melibatkan bahagian otak yang sama," terang profesor psikiatri UCLA David Geffen School of Medicine, Timothy Fong, MD.
Hal yang sama pun terjadi usai mengambil kafein dan coklat.
 
2. Cara kerja seperti ubat antidepresi
Sebuah kajian tahun 2002 di University di Albany mendapatkan fakta bahawa perempuan yang berhubungan seksual tanpa kondom mempunyai gejala kemurungan lebih sedikit berbanding perempuan yang memakak kondom. Hipotesis penyelidik, kompaun dalam air mani, antaranya estrogen dan prostaglandin, mempunyai sifat antidepresan yang kemudian diserap masuk ke tubuh.

3. Seks mengurangkan rasa sakit
Tak perlu menunda bercinta saat sakit kepala. Sebuah kajian yang dilakukan di Jerman pada tahun 2013 mendapati bahawa peserta yang mempunyai migrain merasakan rasa sakit yang ditimbulkan berkurang. Menurut penyelidik lain, rasa sakit yang berkurangan usai bercinta kerana tubuh mengeluarkan hormon oksitosin yang mampu meredakan rasa sakit.

4. Seks meningkatkan ingatan
Hal ini baru dibuktikan pada tikus. Sebuah kajian yang dilakukan terhadap tikus pada tahun 2010 menyimpulkan bahawa bercinta mampu menumbuhkan lebih cepat neuron di hippocampus, suatu kawasan otak yang berkaitan dengan daya ingat. Untuk manusia, masih diperlukan beberapa kajian penyokong apakah rutin bercinta mampu meningkaktan daya ingat.
 
5. Seks menenangkan
Sebuah kajian menunjukkan bahawa seks mampu mengurangkan stres dengan cara menurunkan tekanan darah.

6. Seks membuat mengantuk
Bagi para wanita, mungkin kerap kesal usai bercinta kemudian ditinggal tidur suami. Hal ini ternyata ada fakta saintifik. Seks memang lebih membuat lelaki mengantuk daripada wanita. Hal ini disebabkan selesai lelaki mengalami klimaks dilanjutkan dengan ejakulasi akan melepaskan hormon oksitosin dan serotonin yang membuat lelaki rasa mengantuk.
 
7. Seks, terkadang boleh membuat sedih
Jika enam hal di atas memberikan manfaat positif, namun hubungan bercinta terkadang menimbulkan perasaan sedih. Menurut penyelidik adal istilah post-sex blues atau postcoital dysphoria. Dalam penyelidikan, hal ini terjadi satu daripada tiga perempuan yang merasakan kesedihan usai bercinta. Penyelidik menduga, adanya rasa terpaksa saat bercinta yang menimbulkan hal ini.

0 Response to "INFO: Kenapa Selesai Sahaja Hubungan Intim Rasa Mengantuk? Baca 7 Perkara ini"

Post a Comment