VIDEO: SAAT BAGAIMANA PASUKAN PENYELAM BERJAYA MENEMUI KOTAK HITAM QZ8501


Setelah lokasi kotak Hitam berjaya dikesan, Psukan penyelam telah dihantar ke lokasi berkenaan untuk mengangkat kotak hitam tersebut dari dasar laut.

Sebelum aktiviti menyelam dilakukan mereka terlebih dahulu berdoa bersama agar proses terebut berjalan dengan lancar.

Dalam video yang ditayangkan menunjukkan paskan penyelam terpaksa terlebih dahulu menyingkirkan berberapa serpihan pesawat Air Asia QZ8501 untuk mencari lokasi kotak hitam pesawat.

Di antara barang milik penumpang yang ditemui adalah perfum yang telah bersalut lumpur di dasar laut.

Jarak penglihatan yang kurang jelas menyukarkan para penyelam untuk mencari lokasi kotak hitam pesawat.Setelah beberapa minit pencarian dilakukan, salah seorang penyelam telah menemui lokasi kotak hitam tersebut yang paling dicari dalam opereasi tersbut.

Kotak hitam tersebut dibawa ke atas kapal dan dimasukkan ke dalam bekas yang berisi air bersih untuk mengelak karat akibat terendam dalam air laut.

Selain daripada menemui Flight Data Rekoder, para penyelam turut menemui Cockpit Voice Recorder.

Tahniah diucapkan.


0 Response to "VIDEO: SAAT BAGAIMANA PASUKAN PENYELAM BERJAYA MENEMUI KOTAK HITAM QZ8501"

Post a Comment