TERKINI: Prof. Dr Sifatkan Keadaan TGNA di Luar daripada Buku yang Ditulis. Itu kuasa Allah


Perkembangan Kesihatan Ayahanda

Hari ini kami gembira kerana ayahanda lebih berselera dan makan lebih banyak. Dalam latihan rehabilitasi kali pertama pagi ini, ayahanda telah mampu duduk walaupun agak bersusah payah.

Doktor memberitahu bahawa keadaan ayahanda sudah stabil. Walau bagaimanapun ayahanda kelihatan agak keletihan. Menurut doktor, ia faktor tua dan kesan kanser yang dialaminya.

Doktor juga menceritakan beberapa keajaiban yang berlaku semasa ayahanda dalam proses rawatan. Kata prof dr, "Keadaan ayahanda di luar daripada buku yang ditulis. Itu kuasa Allah."

Semoga Allah melindungi ayahanda daripada sebarang keburukan ciptaanNya dan terus merahmati ayahanda di hujung dunianya dan di akhirat nanti.

Terima kasih buat rakyat Malaysia yang mendoakan kesihatan ayahanda. Anda semua adalah kekuatan kami keluarga buat melalui saat ini.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Anakanda
6 Rabiul Akhir 1436 / 26 Januari 2015
615pm

KREDIT: https://www.facebook.com/kelantantv

0 Response to "TERKINI: Prof. Dr Sifatkan Keadaan TGNA di Luar daripada Buku yang Ditulis. Itu kuasa Allah"

Post a Comment