Esekutif Akaun Dirompak dan Hampir Dirogol Di Stesen KTM Batang Benar


Bukan sekali dua kita dengar kejadian serangan ke atas wanita yang berjalan sendirian terutama di tempat-tempat sunyi.
Ada antara mereka yang dirompak, dicabul atau lebih menakutkan lagi dirogol dan dibunuh oleh si penyerang.
Menerusi laman Facebook, seorang pegawai eksekutif akaun, Siti Balqis Elias berkongsi pengalaman yang cukup menakutkan apabila menjadi mangsa rompakan di kawasan letak kereta KTM Batang Benar, Nilai pada 18 Disember lalu.
Bukan itu sahaja, malah dia juga dipukul dan hampir dirogol dalam keretanya sendiri oleh penjenayah tersebut.
Berikut antara petikan statusnya:
“Assalamualaikum dan hi semua. Ketika saya menaip kisah ini, tangan masih menggigil, fikiran masih terbayang-bayang apa yang terjadi malam itu. Saya ingin berkongsi pengalaman tragik, kisah balik kerja yang selalunya gembira bertukar menjadi pengalaman ngeri yang pasti tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.
“Pada malam Jumaat 18/12/2014 sekitar jam 9.45pm, saya telah dirompak, dicederakan, dan hampir dirogol di dalam kereta sendiri di kawasan parking stesen KTM Batang Benar, Nilai. Ye ini kisah benar, di laluan seharian saya pergi balik kerja, siapa sangka ada mata yang memerhati. Siapa yang biasa naik komuter di stesen KTM Batang Benar akan tahu betapa sunyinya kawasan tersebut especially pada waktu malam, dan kalau dapat parking dekat belakang memang akan tahu betapa jauhnya kawasan parking tu macam dekat hujung dunia. Even setiap pagi datang seawal pukul 7 lebih macam tu, parking bahagian depan memang dah sentiasa penuh jadinya setiap hari memang akan dapat parking yang nun jauh ke belakang. Kalau balik malam, memang tawakkal lah masa jalan nak pergi parking.
“Malam tu, balik kerja macam biasa. Sampai stesen, jalan macam biasa jugak sambil bawak beg laptop dan handbag pergi parking. Tak sangka rupanya ada yang dah aim. Dipendekkan cerita, saya masuk je kereta, start enjin, tiba-tiba sebuah kereta kancil putih WGR7586 park dekat sebelah. Keluar seorang lelaki india, berhelmet, pakai glove pecahkan cermin kereta bahagian driver dengan hammer. Kejadian berlaku sangat pantas, saya melawan tetapi dia berjaya merampas beg laptop saya dan juga handbag yang mengandungi beg duit dan dokumen pengenalan diri. Saya membunyikan hon tetapi ditumbuk kerana melawan. Bila barang dah kena amek, i thought it was over but i was wrong saya baru sedar yang kunci kereta saya ada dengan dia.
“Saya merayu agar dipulangkan kunci kereta tapi dia ugut suruh saya duduk ke seat sebelah kalau saya nak selamat, saya refused tetapi saya ditumbuk lagi dan dia masuk dalam kereta dan menarik tudung saya dengan kasar. Allahu Allah. Di seat yang sama dia drive kereta saya ke hujung kawasan parking dengan niat ingin merogol. Saya menjerit masih cuba untuk melawan tetapi saya dicekik, ditumbuk, dan ditekup hidung agar susah untuk bernafas. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa masa tu, saya sangat takut kerana saya sudah tiada kekuatan lagi untuk melawan. Ya Allah tolonglah hambamu ini, saya berdoa dan bertawakal. In within few seconds, tiba-tiba orang jahat tu melarikan diri. Alhamdulillah, Allah selamatkan diri saya dari dirogol dengan menghadirkan train yang kebetulan sampai di stesen pada waktu itu. Alhamdulillah syukur diri ini selamat.”
Cerita mangsa, dia segera menghubungi ayahnya selepas itu dan mereka bergegas membuat laporan polis di Balai Polis Nilai.
balqis 2 (wm)
Bagaimanapun, dia agak terkilan kerana kamera pengawasan pihak KTM tidak dapat menyiarkan semula rakaman kejadian.
“Yes the CCTVs are functioning tapi “live” macam tu jela tak boleh nak search history. So semua CCTV yang ada tu are for display only ke? Apa guna ada CCTV kalau macam tu kan. Saya menaiki komuter dari Batang Benar ke KL Sentral hampir setiap hari dan ramai juga yang menggunakan kemudahan servis komuter ini. Jadi saya sangat berharap agar ada tindakan yang diambil dan kejadian seumpama ini dapat dielakkan. Ye, petugas kaunter cakap akan buat report, tetapi jangan sekadar report je please take some action tolong jangan lepas tangan,” tulisnya lagi.
Dia turut meminta agar pihak pengurusan KTM Batang Benar mempertingkatkan aspek keselamatan terutama di kawasan sunyi bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku.
Bersyukur kerana terselamat, Siti Balqis mengingatkan para wanita agar sentiasa berhati-hati ketika berada di luar.
Benar kata orang, apabila sudah terlalu biasa melakukan rutin sama, kita mudah terleka dan mungkin anggap tiada perkara buruk akan menimpa.
Semoga apa yang berlaku pada wanita ini dijadikan iktibar oleh semua.. -MYNEWSHUB.CC

0 Response to "Esekutif Akaun Dirompak dan Hampir Dirogol Di Stesen KTM Batang Benar"

Post a Comment